Friday, December 18, 2009

ORANG AWAM UR BLOGGERS!

SALAM.....

Orang awam perlu beri kerjasama banteras rasuah


PETALING JAYA: Orang awam perlu menyalurkan maklumat berhubung gejala rasuah bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan, kata Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Hisham yang ditemui pada sesi pembentangan makmal pada Program Gerak Transformasi Kerajaan (GTP) berkata hubungan dengan orang awam bagi mengekang rasuah adalah antara gerak kerja yang diutarakan makmal itu selain hubungan media dan azam politik.

"Tidak ada maknanya usaha kerajaan mengekang gejala rasuah ini sekiranya orang ramai tidak melibatkan diri dan membantu kami untuk membasmi masalah yang serius ini.


"Rasuah, sebagai satu permasalahan utama dan dipandang serius oleh rakyat, memerlukan komitmen kuat bermula dari peringkat atasan sehingga orang awam yang melaporkan setiap kejadian rasuah," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Sunway, hari ini.

Sementara itu, Azimah Din, seorang pegawai kerajaan berkata orang ramai perlu tahu bahawa mereka antara aset yang amat diperlukan kerajaan bagi membantu menghentikan gejala tidak bermoral itu.

"Memerangi jenayah bukan hanya mengurangkannya, tetapi hentikan terus, katanya," sambil menambah isu rasuah paling mendapat perhatian memandangkan gejala itu kini semakin berleluasa di negara ini. - Bernama



Sunday, August 30, 2009

SALAM KEMERDEKAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

DALAM MENYAMBUT KEMERDEKAAN NEGARA...MARILAH KITA MERDEKAKAN
DALAM DIRI KITA SEBAGAI BANGSA MALAYSIA YG HARMONIS DAN TOLERAN
YG PALING TINGGI UNTUK MASA-MASA AKAN DATANG.

Friday, August 28, 2009

UNDANG-UNDANG ISLAM SUATU BUDAYA ATAU SURUHAN ALLAH

UNDANG-UNDANG SYARIAH YG DIWUJUDKAN AMAT 'CANTIK'
DARI PANDANGAN/PERSPEKTIF UMAT ISLAM....TETAPI AMAT
MALANG JIKA IA MASIH ADA KEKURANGAN ATAU CACAT CELA
APABILA HENDAK DI DILAKSANAKAN TERHADAP PESALAHNYA.

APALAH NASIB...BETULLAH PEPATAH MELAYU ADA BERKATA
'SIAP RUMAH PAHAT BERBUNYI'....

Friday, February 27, 2009

BUDAYA MULIA BUDAYA HINA

Sekian lama rakyat memahami dan menerima budaya yg sifat
nya cantik,mulia,serasi dan sesuai.....budaya dikaitkan dengan pelbagaian
etnik,bangsa dan kaum.BUDAYA MELAYU,BUDAYA CINA,BUDAYA
INDIA DAN SEBAGAINYA...

KITA telah biasa mendengar sesuatu yg tidak enak,jelek,tidak sesuai dan
luar dari budaya kita seperti budaya kuning,budaya songsang dan budaya
asing tak semena-mena diamalkan....maka terdengar larangan,bantahan
dan kutukan...

Kini....NILAI paling hebat BAHASAnya, walhal amat menjijikkan melanda dunia politik
tempatan kerana SEGENGGAM kuasa dan perbedaan idealogi...

FITNAH,SUMPAH,,RASUAH,SAMAN,TUDUH,ANGKUH,SOMBONG,BODOH,
RAMPAS,DERHAKA,TAMAK,BACUL,CELUPAR....................................

APAKAH INI CUBA DITERAP DAN DIBUDAYAKAN......!
ADAKAH GENERASI MUDA TERNGANGA....RAKYAT RELA?

PEACE!

Monday, February 9, 2009

DAULAT TUANKU

RUKUNEGARA


Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan